Peperiksaan pertengahan tahun 2013 akan bermula pada 2 Mei 2013 hingga 23 Mei 2013. Kami warga pendidik SMK Taman Daya 2 mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga pelajar-pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang. Untuk melihat jadual peperiksaan, klik di sini...
Sekolah akan mula bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula 9 Feb 2013 - 17 Feb 2013. Kami warga pendidik SMK Taman Daya 2 juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelajar cina .Harap maklum.
Anugerah Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Johor
Tahniah kepada pengetua SMK Taman Daya 2 iaitu Pn. Hjh . Jamiaah Bte Kechut kerana telah mendapat penganugerahan sebagai Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Johor. Semoga sekolah ini akan terus cemerlang dan mendapat lebih banyak lagi penganugerahan untuk masa akan datang.
Kelas yang Ditangguhkan Semasa Peperiksaan PMR 2012
Sempena minggu peperiksaan PMR yang akan bermula 9 Oktober - 16 Oktober, SMK Taman Daya 2 telah menangguhkan beberapa buah kelas untuk melancarkan perjalanan peperiksaan. Berikut aalah kelas yang dicutikan.Klik di sini
Pertandingan Tandas Antara Sekolah Peringkat Negeri Johor 2012
Tahniah kepada SMK Taman Daya 2 kerana telah berjaya mendapat tempat ke - 2 dalam Pertandingan Tandas Antara Sekolah Peringkat Negeri Johor yang diadakan baru-baru ini. Info lanjut,.Klik di sini
Peperiksaan PMR 2012 akan bermula pada 09-10- 2012 hingga 16-10-2012.Kami warga pendidik SMK Taman Daya 2 mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
Tahniah kepada kumpulan " PEN & PAPER " yang terdiri daripada Alan Tan Mio Thong, Kua Sue Yun, Muhammad taufiq Mund Jamil, Fara Iza Binti Radiyallah dan Siti Nurshuain Binti Mohd Fikri kerana telah berjaya ...Info lanjut, klik di sini...
Tahniah kepada 3 orang pelajar SMK Taman Daya 2 kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar tersebut ialah Amirah Syafiqah Binti Hisham, Khalilah Binti Seleman dan Nur Khairina Binti Baharudin..Info lanjut, Klik Sini
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 dibuka mulai 1 hingga 20 April 2012. Info lanjut, klik sini..
Majlis Perhubungan Guru Media Daerah Pasir Gudang menganjurkan satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 pada 26 .04.2012 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Info lanjut, klik sini.
Pertandingan Mussola Al-Hakim Peringkat Negeri Johor 2012
Sekalung tahniah dan syabas kepada surau Raudhatul Jannah SMK Taman Daya 2 kerana telah berjaya memenangi pertandingan Mussola Al-Hakim Peringkat Negeri Johor. Info lanjut, klik sini.
Pada 12 Mac 2013 yang lalu , Karnival Bahasa bagi tahun 2013 telah dilancarkan oleh Pn Hajjah Jamiaah binti Kechut. Karnival ini adalah gabungan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina, Panitia Bahasa Tamil dan Panitia Bahasa Arab. Maklumat lanjut, klik sini....
Program Tazkiyatun Nafs dan Sambutan Maulid Rasul 2013
Pada 1 Februari 2013 yang lalu pihak sekolah telah menganjurkan satu program iaitu Program Tazkiyatun Nafs dan Majlis Sambutan Maulid Rasul.Info lanjut, klik sini....
Pada 14 Januari 2013 pengetua SMKTD2, Pn Hjh Jamiaah bt Kechut telah melancarkan Program Jom ke Sekolah. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan belajar selain untuk mengurangkan masalah pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa surat cuti sakit atau surat kenyataan ibu bapa. Info lanjut, klik sini....
Pada 7 Januari 2013 juga, SMKTD2 telah mengadakan Majlis Mini Konvokesyen PMR. Pada majlis ini para pelajar cemerlang PMR 2012 telah menerima sijil dan cenderahati dari pihak sekolah kerana kecemerlangan akademik yang telah mereka peroleh. Info lanjut, klik sini....
Pada 7 Januari 2013 yang lalu merupakan hari pelancaran Countdown PMR dan SPM 2013 yang telah dirasmikan oleh pengetua SMK Taman Daya 2 iaitu Pn. Hjh Jamiaah Bte Kechut. Info lanjut, klik sini....
Jamuan Akhir Tahun dan Anugerah Pencapaian Pengawas Sesi 2012
Pada 29 September 2012 pihak Lembaga Pengawas SMK Taman Daya 2 telah mengadakan jamuan akhir tahun dan anugerah pencapaian pengawas 2012 bertempat di Hotel Topical Inn Johor Bahru.Jamuan ini diadakan untuk menghargai pengawas-pengawas yang membantu mengekalkan disiplin sekolah ini dalam keadaan terkawal. Info lanjut,klik sini....
Pada 27 September 2012 yang lalu,Makdis SMK Taman Daya 2 dengan kerjasama Masjid An-Najah Taman Daya telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Info lanjut,klik sini....
Program Untaian Kasih ini telah dilancarkan pada pagi 27 September 2012 yang lalu. Majlis penyerahan kad ucapan dan kata-kata semangat daripada guru tingkatan kepada ketua tingkatan telah dilaksanakan oleh Tn Hj Hamid Bin Hashim, PK Kurikulum, SMK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor. Info lanjut,klik sini....
Pada 14 Julai 2012 hingga 15 Julai 2012 yang lalu, seramai 31 orang guru dan 10 orang pelajar SMK Taman Daya 2 telah mengadakan lawatan penanda aras ke SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan Pusat Sanctuari Penyu Rantau Abang, Terengganu. Info lanjut, klik sini....
Pada 10 Julai 2012, serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia telah dijalankan Senamrobik Malaysia 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan yang melibatkan penglibatan lebih 3.4 juta murid seluruh Malaysia.... Info lanjut, klik sini....
Program Gotong Royong dan Melestarikan Alam Sekitar di Kg. Nelayan Tanjung Balau.
Pada 21 Jun 2012, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Taman Daya 2 telah menganjurkan satu lawatan ke perkampungan nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi , Johor. Seramai 105 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Info lanjut, klik sini....
Majlis Anugerah Cemerlang, Sambutan 1 Dekad Menuju Kegemilangan ......
Pada 7 April 2012 telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang, Sambutan 1 Dekad Menuju Kegemilangan SMK Taman Daya 2 dan Pelancaran Laman Sesawang SMK Taman Daya 2. Info lanjut, klik sini....
Pada 2 April 2012 yang lepas telah berlangsung upacara perasmian Karnival Bahasa 2012 oleh pengetua SMK Taman Daya 2 iaitu Pn. Hjh Jamiaah Bte Kechut. Info lanjut, klik sini....
Program Sembelihan, Tazkiyatun Nafs dan Maulidur Rasul 2012
Tahniah diucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah menjayakan Program Sembelihan, Tazkiyatun Nafs dan Maulidur Rasul terutama penyelaras MAKDIS iaitu Ustaz Talhah Bin Endut. Info lanjut, klik sini.
Kem Motivasi Kecemerlangan Akademik PMR dan SPM 2012
Pada 6 Julai 2012 hingga 7 Julai 2102 yang lalu telah diadakan Kem Motivasi Kecemerlangan PMR dan SPM 2012 anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik SMK Taman Daya 2 dengan kerjasama STEADFAST Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) Info lanjut, klik sini.
Tahniah kepada semua warga SMK Taman Daya 2 kerana peningkatan keputusan peperiksaan SPM dan seterusnya menerima 2 anugerah daripada pihak JPN Johor. Info lanjut, klik sini.